
Author Archives: Orang Melayu.
Bijak dan pandai. – Orang yang bijak dan pandai akan masok syurga. In Shaa Allah.
Darurat.
Isu mykad.
DTG BERDUYUN² KE MALAYSIA UTK TUKAR IC DGN COVID
Selepas tangkapan pegawai JPN, Datuk Lai Chin di Pulau Pinang menjadi dalang sindiket jual MyKad sehingga RM600k kepada warga China kini terbongkar lagi bukan 8 tetapi 1000 MyKad.
Nampaknya bukan 8 tetapi 1000 MyKad. Harian Metro melaporkan lebih 1,000 warga asing memiliki MyKad sah dipercayai masih berada di dalam negara ini selepas gagal memiliki pasport untuk keluar ke negara asal masing-masing.
Sumber berkata, lebih mengejutkan, jumlah itu direkodkan hanya bagi tempoh Januari hingga Mei dan tidak bagi tahun sebelumnya. Begitulah gambaran pengkhianat pegawai JPN dalam negara ini.
Katanya, pihak berkuasa menerima maklumat bahawa semua lelaki dan wanita warga asing ini datang dari beberapa negara dan memiliki MyKad sah yang dikeluarkan segelintir individu pengkhianat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang bersubahat dengan sindiket.
“Berdasarkan siasatan beberapa jabatan berkaitan susulan penahanan 20 individu sejak dua bulan lalu, ribuan MyKad sah ini bukan saja dikeluarkan di Pulau Pinang, malah di beberapa negeri lain.
“Sindiket ini bijak beroperasi dan mempunyai langkah keselamatan sekiranya operasi mereka gagal atau penipuan mereka dikesan,” katanya.
Menurutnya, dalam kejadian pada 16 Mei lalu seorang wanita warga China yang memiliki MyKad mahu memohon pasport negara namun gagal kerana tidak dapat berbahasa Melayu.
Sumber berkata, wanita berkenaan tidak datang ke Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) negeri berseorangan, malah bersama beberapa wanita warga asing lain yang memiliki MyKad sah.
“Selepas wanita warga China berkenaan gagal memperdaya anggota dan pegawai yang bertugas bagi mendapatkan pasport, semua wanita yang datang bersamanya melarikan diri.
“Kumpulan wanita yang melarikan diri ini adalah antara 1,000 warga asing yang masih berada di dalam negara dan sedang mencari jalan untuk keluar atau terus bersembunyi di negara ini,” katanya.
Menurutnya, kumpulan wanita yang berjaya melarikan diri ini akan mencuba nasib memohon pasport di cawangan JIM lain seluruh negara.
Sumber berkata, sindiket akan menyediakan runner bagi membantu memberi tunjuk ajar atau perantara antara mereka dengan pihak berkuasa.
Menurutnya, kejayaan memberkas 20 individu termasuk seorang pegawai di JPN Pulau Pinang kerana dipercayai terbabit dengan penjualan MyKad sah dan dokumen kelahiran baru-baru ini adalah permulaan kepada pendedahan yang lebih besar sindiket jenayah terancang ini.
Menurutnya, semua warga asing yang membeli MyKad sah ini bukan individu biasa, ia kerana wanita warga asing yang diberkas pada 16 Mei lalu mampu menyewa sebuah pangsapuri dengan harga hampir RM100,000 satu malam.
“Mereka mempunyai niat tidak baik di negara ini dan menjadikan Malaysia sebagai tempat menjalankan operasi haram.
“Selepas memiliki MyKad dan pasport Malaysia mereka bebas bergerak dan melarikan diri jika diburu pihak berkuasa menggunakan identiti lain,” katanya.
Harian Metro semalam turut melaporkan seorang Datuk berketurunan cina iaitu Datuk Lai Chin Wah, 56 bersama Faizul pegawai JPN dan beberapa cina Pulau Pinang lain iaitu Mohd Faizal Tan Abdullah, 66; Yap Cheng Wah, 44, Chien Guan Chai, 36; dan Loh Chan Cheong, 34 mendalangi projek jual MyKad itu didakwa di Mahkamah Sesyen Georgetown
[http://sabahkini2.com/en/news/2224/mengejutkan-bukan-8-tetapi-1000-mykad-dijual-pegawai-jpn-januari-hingga-mei-kepada-warga-asing/view]
Isu macam macam.. – Alhamdullilah.
Koyak. – Koyakkan mental dap. In Shaa Allah.
8 hari.
PROJEK RUMAH MEWAH CITY OF DREAM LULUS HANYA 8 HARI…
PROJEK RUMAH RAKYAT LULUS 500 HARI..
ITULAH KERAJAAN RASUAH DAP P.PINANG!!
Projek kondo mewah CITY OF DREAM dua blok 43 tingkat milik syarikat terowong diluluskan kerajaan DAP Pulau Pinang dalam masa 8 hari sahaja.
Manakala projek-projek perumahan mampu milik Rakyat perlu tunggu antara 220 hari sehingga 516 hari untuk mendapat kelulusan yang sama.
Siapakah Ketua Menteri (Guan Eng) masa itu yang juga merupakan pengerusi State Planning Committee (Guan Eng) dan EXCO negeri bagi Hal Ehwal Tanah dan pembangunan tanah (Guan Eng) masa itu?
Dan siapakah yang telah didakwa dalam mahkamah kerana ada kepentingan 10% dalam projek-projek syarikat terowong (Guan Eng juga)?
Sudah tentu projek sendiri diluluskan dengan begitu laju sekali. Rumah untuk Rakyat miskin tolak ke tepi.
Kerajaan mana lagi dalam dunia mampu luluskan projek hartanah dua block kondo mewah setinggi 43 tingkat bernilai RM1 bilion dalam masa 8 hari sahaja?
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1551091318384951&id=428709957289765
Watch “Zaman guan eng” on YouTube
Watch “Gempar Asri Janggut, KDN Terjah Permis Jud1 H4ram Di Sungai Buloh | Hot Burger” on YouTube
Politik goblog.
Parti politik yang ditubuhkan oleh kaum Cina yang pertama di Tanah Melayu bukan bertujuan untuk memperjuangkan dan melindungi kebajikan dan kepentingan imigran Cina di Tanah Melayu, tetapi sebagai lanjutan kepada fahaman politik di negara asal mereka. Satu-satunya organisasi sosial bagi Cina di Tanah Melayu pada awalnya ialah pertubuhan rahsia di mana ketua kongsi gelap Cina akan menjadi ketua komuniti dan biasanya turut mengetuai kumpulan perniagaan Cina. “ke mana-mana sahaja kaum Cina pergi mereka akan membawa pertubuhan rahsia mereka bersama-sama. . . nyata sekali ini merupakan satu-satunya organisasi sosial yang diterima oleh komuniti mereka”[1].
Newbold dalam bukunya mengatakan bahawa:
“…di penempatan kami di Pulau Pinang pada tahun 1799, kongsi gelap sedang bersatu, undang-undang kerajaan sedia ada diingkari dan mereka hanya patuh kepada undang-undang yang dipantau dengan ketat. Menurut Major Low, superitendent polis di Province Wellesley (Seberang Prai), orang Cina di Batu Kawan berada dalam kumpulan kongsi yang sama, mereka dilengkapi dengan lembing kayu yang panjang, tombak bermata tiga (trident) dan parang bersaiz sederhana. Jika salah seorang daripada mereka terlibat atau dituduh melakukan jenayah, walaupun sekejam mana jenayah yang dilakukan mereka, pihak kongsi gelap yang dianggotai mereka akan sebulat suara membantu melepaskannya”[2].
Sun Yat Sen datang ke Singapura pada 1905 untuk mengerakkan Tung Meng Hui di Tanah Melayu. Di sini beliau dibantu oleh rakan-rakannya iaitu Tan Cho Lit, Teo Eng Hock dan Lim Nee Soon yang kemudiannya berjaya menubuhkan gerakan berkenaan di Seremban, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang[3].
Penubuhan Tung Meng Hui di Tanah Melayu merupakan satu langkah strategik kerana ia memberi bekalan kewangan untuk mendanai revolusi di China. Penglibatan Tung Meng Hui menjadi lebih agresif apabila mereka melakukan rompakan di sekitar Johor, Melaka dan Selangor. Sebuah dokumen yang dijumpai di Singapura menunjukkan bahawa kongsi gelap di Melaka melakukan pelbagai rompakan untuk bantuan kewangan revolusi. Bukan sahaja disokong oleh gerakan kongsi gelap, Sun Yat Sen mendapat bantuan kewangan malahan bantuan merekrut tentera melalui sebuah syarikat yang diberi nama Chung-Hsin Rocky Mountain Company yang bertapak di Singapura [4].
Tung Meng Hui seterusnya digabungkan bersama kumpulan Hung League lalu membentuk parti Koumintang. Di Tanah Melayu pada tahun 1913, tidak kurang 36 cawangan Parti Kuomintang ditubuhkan dengan negeri Perak mempunyai majoriti cawangan iaitu sebanyak 27 cawangan. KMT juga menguasai hampir 6 akhbar Cina pada ketika itu iaitu Kwong Wah Yit Poh of Penang, Yik Khuan Poh (1919-1934), San Yit Khuan Poh (1935 – 1936), Malayan Chinese Daily News of Kuala Lumpur (1937-1941), Min Kuo Jih Pao (1930-1934), dan Sin Kuo Min Press (1919-1941)[5].
Kebanyakan ahli Parti Kuomintang adalah ahli perniagaan. Mereka menjadi ketua komuniti Cina dengan menjadi penaung sekolah-sekolah Cina dan menjadi ahli di dalam koperasi perniagaan Cina. Hubungan baik antara Parti Kuomintang dan British semasa penjajahan Jepun pula sedikit sebanyak telah membina reputasi perhubungan di antara mereka. Tambahan pula Tanah Melayu pada waktu itu diancam serangan subversif komunis. Pihak British menyedari bahawa mereka perlu memisahkan orang Cina dari pengaruh komunis lalu mencadangkan penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) melalui Henry Gurney pada Februari 1949 [6].
Ramai ahli berpengaruh Parti Kuomintang menjadi pemimpin utama di dalam MCA dan mereka memainkan peranan penting sekitar tahun 50-an. Pada masa yang sama, kegiatan Parti Kuomintang mengalami kemalapan apabila rejim pemerintahan di China beralih arah dari Parti Kuomintang kepada pemerintahan Komunis. Antara generasi awal MCA ialah Tan Cheng Lock, Lee Hau Shik, Lau Pak Kwan, Ong Keng Seng dan Wong Shee Foon. Mereka menjawat jawatan penting seperti menteri kewangan, menteri buruh dan perusahaan. Sehingga tahun 1975, segelintir ahli MCA masih kekal dengan pengaruh Parti Kuomintang apabila Chiang Kai Syek mati. Lebih 86 bekas ahli Kuomintang memaparkan iklan penuh penghormatan terakhir di dalam akhbar Sin Chew Jit Poh, lantas memberi gambaran bahawa mereka masih mengekalkan budaya, ideologi dan politik yang berpandukan Parti Kuomintang yang lari ke Taiwan [7].
Pada tahun 1927, perpecahan di antara Parti Kuomintang dan Parti Komunis China di China berlaku, menyebabkan perpecahan sayap kiri (yang dianggotai Komunis) Parti Kuomintang di Tanah Melayu, lalu menubuhkan South Seas Communist Party (SSCP)[8].
PKM telah diperkenalkan ke Tanah Melayu oleh orang asing. Antara pemimpin awal mereka termasuklah Tan Melaka, wakil kominten dari Indonesia, dan seorang warga Vietnam, Ho Chi Minh. PKM telah ditaja dan dilatih oleh Parti Komunis China (PKC). Kesetiaan mereka adalah kepada negara asal mereka iaitu China[9].
Taktik komunis berubah apabila British mula merancang untuk menubuhkan Malayan Union. Mereka cuba untuk mewujudkan negara komunis secara berperlembagaan dengan menguasai bandar-bandar besar seperti Kuala lumpur, Ipoh dan Pulau Pinang.
Strategi ini dikenali sebagai open front (medan terbuka) apabila mereka menyusup masuk ke dalam organisasi yang sah seperti kesatuan pekerja serta pertubuhan lain yang turut dikuasai oleh komunis seperti New Democratic Youth League, MPAJA Old Comrade dan Malayan Democratic Union (MDU). MDU misalnya ditubuhkan oleh Gerald de Cruz, yang merupakan ahli kepada PKM. Antara ahli MDU yang lain yang menyertai pergerakan komunis ialah Lim Hong Bee , CV Devan Nair. Kehadiran mereka ini penting untuk diamati kerana ia membawa kepada penubuhan People Action Party (PAP) dan Democratic Action Party (DAP).
Kesetiaan kaum Cina terhadap Parti Komunis China yang amat kuat ini dibuktikan apabila mereka tidak menyahut panggilan kerajaan untuk menentang komunis kerana beralasan bahawa mereka setia kepada keluarga dan suku mereka dan bukan terhadap negara bangsa. Ini telah mengesahkan syak wasangka kaum Melayu bahawa kaum Cina tidak setia kepada Tanah Melayu[10]. Usaha kerajaan untuk menarik minat kaum Cina untuk mempertahankan negara bagi menentang komunis tidak begitu berhasil apabila hanya 200 pemuda Cina sahaja yang menyertai secara sukarela. Punca keengganan mereka menyertai pasukan keselamatan untuk menentang komunis adalah kerana mereka tidak menganggap diri mereka penduduk Tanah Melayu, atau tidak merasakan tindakan itu berbaloi untuk mewakili “kumpulan kasta bawahan” iaitu Melayu[11].
Dalam isu Malayan Union, kaum Cina menunjukkan sokongan khususnya dalam aspek kewarganegaraan kerana ia memberi manfaat kepada mereka walaupun sebenarnya mengharapkan lebih banyak kelebihan diberikan [12]. Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Cina (Sin Chew Jit Poh), mereka juga turut mempersoalkan mengapa Sultan dipilih sebagai individu yang berunding dengan pihak British. Mereka menyatakan bahawa Sultan hanya mewakili sebilangan kecil kaum Melayu dan Sultan “tidak ada hak untuk mewakili kaum Cina”[13].
Rujukan
[1] Skinner, G. W., & Purcell, V. (1952). The Chinese in Southeast Asia. The Far Eastern Quarterly, 11(2), 268. https://doi.org/10.2307/2049398
[2] Newbold, T. J. and Wilson, F. W. (1841). The Chinese secret Triad Society of the Tien-ti-huih. Journal of Royal Asiatic Society of Great Britain and Ireland.
[3] Blythe, W. (1969). Impact of Chinese Secret Societies in Malaya: A Historical Study. Oxford University Press.
[4] To, L. L. (1987). The 1911 Revolution: The Chinese in British and Dutch Southeast Asia. Heinemann Asia.
[5] Ibid
[6] Charles E., S. (2010). The Formative Years of Malaysian Politics. Xlibris.
[7] McKenna, C. F. (1990). The Kuomintang Movement in British Malaya 1912–1949. University of Hawaii Press.
[8] Cheah, B. K. (2003). Red Star Over Malaya: Resistance and Social Conflict During and After the Japanese Occupation of Malaya, 1941-1946. NUS Press.
[9] Muhammed, A. K. (2017). Antara Dua Darjat: Agihan Pendapatan di Malaysia (Edisi Bahasa Melayu – The Colour of Inequality). Bangi: Dubook Press.
[10] Helen, T. (2007). From Ketuanan Melayu to Bangsa Malaysia?: a study of national integration and identity in West Malaysia.
[11] Council, N. O. (1969). The May 13 Tragedy: A report. Kuala Lumpur.
[12] Skinner, G. W., & Purcell, V. (1952). The Chinese in Southeast Asia. The Far Eastern Quarterly, 11(2), 268. https://doi.org/10.2307/2049398
[13] Skinner, G. W., & Purcell, V. (1952). The Chinese in Southeast Asia. The Far Eastern Quarterly, 11(2), 268. https://doi.org/10.2307/2049398




